Pada 19 Disember 2009.
Saya dan keluarga bertolak ke Bangi untuk menghantar kakak saya iaitu Khairunnisa binti Alias di Kolej Ibu Zain.Dalam beberapa jam kemudian,saya dan keluarga saya tiba di Kuala Pilah untuk tidur semalaman di rumah emak sedara saya iaitu K.Miah dan P.Awie.Mereka sudah ada 3 orang anak perempuan.Yang sulung bernama Ainul.Yang kedua Farihah dan yang ketiga ialah Auni.
20 Disember 2009
Pada hari keesokannya selepas mandi dan makan ayah saya bercadang untuk pergi ke KLCC di Kuala Lumpur.Saya pergi ke sana bersama dengan emak sedara saya untuk pergi ke Kuala Lumpur.Saya pergi ke KLCC dengan menaiki kereta.Tanpa berlengah lagi,kami semua bertolak ke Kuala Lumpur.
Semasa dalam perjalanan,saya dan sepupu saya mencari kereta Grand Livina yang sama dengan keretanya.Mereka hanya mencari kereta Grand Livina yang berwarna biru,oren,kelabu,silver dan banyak lagi.Dalam perjalanan semasa kami mencari kereta tersebut,ada beberapa buah kenderaan sesak.Semasa itu hujan.

Tidak lama kemudian,kami tiba di KLCC.
Saya dan sepupu berasa sangat gembira.
Lalu kami masuk parking di dalam KLCC.
Sebelum masuk ke dalam emak dan pak sedara saya nasihat untuk mengingatkan nombor di tempat parking kami iaitu 17A.
Lalu kami ingat sehingga dalam KLCC.
Di dalam KLCC ramai sangat datang ke sana.
Kakak saya ingin pergi ke Petrosains.
Setelah sampai di sana,kami mendapat tahu bahawa tiket sudah habis dijual.
Selepas itu,kami pergi ke tandas untuk membuang air.
Semasa kami ingin ke tandas,ramailah jugak orang kat situ...
Kena beratur sehingga luar tandas.
Setelah tiba giliran kami,kami masuklah ke tandas.
Kami sangat terkejut apabila melihat tandasnya yang sangat "modern".
Semasa dalam tandas,Ainul menjerit"susohnyalah nok basuh,"
Selepas siap,kami semua keluar.K.miah,ma,acik,farihah dan saya suka sebab Ainul menjerit tadi.huhuhu...
Selepas itu,kami pergi keluar untuk ke kolam renang.
Di luar situ pun ramai orang.

Selepas kami sudah penat,kami pergi ke tempat parking kereta.Saya dan sepupu saya masih ingat tempat parking kereta.No: 17A...
Selepas sudah membayar tiket,kami terus pergi ke tempat parking kereta.Eh,salah tingkat 14 C.hehehe...
Kereta kami hilang kedua-dua entah pergi kemana?
Kena curi ke? Nauzubillah
Kereta kena tunda ke?
Ke kena curi?
Saya pasti kereta kami tidak hilang,kami berselawat banyak-banyak.Akhirnya Allah memberi petunjuk kapada kami.So,kami turunlah 1 lagi floor...
Selepas turun,kami masih ingat yang saya dan Ainul bermain-main di tong sampah.Memang floor yang tulah.
Akhirnya kami jumpalah kereta kami.
Alhamdulillah..Terima kasih, Ya Allah kerana telah memberi kami petunjukMu...
Amin Ya Rabbal Alamin...
Selepas selesai kami pun pulang dan pergi ke destinasi masing-masing...P.Awie ingin pergi jumpa k.eli dan abg.shukri di centre apa entah?
Saya dan keluarga nak ke UKM.So,kami teruskanlah perjalanan kami...
;-)
Selepas 20 minit kami telah pun sampai di UKM...Setelah sampai,kami terus pergi ke rumah tamu Aminudin.
Pada malam tu,kami makan malam di D'Limau Nipis...
22 Disember 2009
Pulang ke Dungun,sebelum balik kami pergi ke Kuantan,Panching.Kami tidur semalaman di rumah Mok Long Kiah,K.Rozi,Nonoi,Ira dan K.Na...
Pada hari keesokannya,kami sekeluarga ke Kemaman untuk melawat k.sa dan abg.jo...
Selepas itu kami pulang ke rumah...
#*******************************#
Jadi ingatlah selalu bahawa Allah sentiasa dengan dirimu jikalau kamu selalu meingatkannya...
*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*
Alhamdulillah,berakhirlah sudah cerita saya di sini...Sekian Terima Kasih dan Assalamualamualaikum...
SEKIAN TERIMA KASIH ATAS SEGALA PENGORBANAN KAWAN-KAWAN UNTUK MEMBACA CERITA SAYA.